Wednesday, April 13, 2011

Bibir Tersenyum hati Menangis



Hari ni dari pagi ujan jer....tapi sekarang ni dah mendung semula, hujan gerimis ala ala salji kecil...ecehhh2 macam lah pernah rasa salji tu camna kan..hehehe...Bila hujan pagi,jalanraya mula jadi kelam kabut,semuanya nak lekas sampai opis tapi memandu tak hati hati langsung...hari ni je ada 2 kemalangan kecil yang dapat aku lalui sepanjang laluan aku ke opis...Takot betul jalan licin tapi semua nak memecut tanpa kira orang kini kanan depan belakang!abih camaner dah memandu tak ikut undang undang yang betul...kebabbommm lah jawabnyerrr kan.......

Nak citer...Nape eah mata kiri aku bergerak???Rasa tak sedap hati sangat,bila mata bergerak ni,macam macam andaian yang aku rasa...tapi bila mata kanan bergerak suka tak terkata tapi bila mata kiri tergerak langsung tak terkata..

Harap tak ada lah benda yang buruk terjadi...kerana kata orang kalau mata kanan kita bergerak "kita akan jumpa orang jauh" kira benda yang baik baik sajalah....tapiiii kalau mata kiri bergerak orang kata 'kita nak nangis" betul ker????takotnya bila di fikirkan...

Harap biarlah benda baik saja yang datang pada aku...yang buruk harap di jauhkan...Moga hidup aku diberkati hendaknya...Insyallah :))

Sunday, April 10, 2011

Trilogi Cinta ~ Melakar Rindu



*bestkan citer nih pecah panggung kaca tv 4juta penonton...last dah hari nih ending yang bagus...tiada apa yang menyedihkan pun untuk episod akhir nih semuanya bagussss ajer...sape setujuuu???sila angkat tgn mcm saya...hehehe...elok lah shahrul mati,hidup pun asik nak rosakkan anak dara orang jer!hihihi cian sharul kena aids akhirnya,balasan allah lah tu...!so...razif & nurjinah pun hidup bahagia rumahtangga mereka,romantis giler kan tgok couple dua nih!macam betul2 sdg bercinta gayanya mereka berlakon.hangat...feeling habis!suka awok nengok kan tawww..hehe i like lah!!!! begitu juga badrul 7 norseha yang dulu amatlah gedik gilerrrrs menyampah aku nengokkan..rasa nak sepak2 kan ajer..kini dah bahagia beranak hidup dengan badrul..untuk citer ni aku bagi 10 BINTANG...40 episod yang tak sia sia awok folow...very the bommm!!!MEMANG BEST LAH CITER NIHHHHHH!!!!!!!!TERBAEK WOK TAHNIAH UNTUK ROSHAM NOOR :))

Jom kita layan lagu "Melakar Rindu" bestttt gilerrr kan lagu nih mengusik jiwa :))



Lirik Lagu Melakar Rindu Julfekar and The Stringers

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Punahlah jua kini akhirnya

Saturday, April 9, 2011

OST BEGITUKAH CINTA : CINTA : NAZIM OTHMAN



Lirik Cinta - Nazim Othman

Dengar bisikan rindu ku kepada dirimu sayang
Namamu takkan terpadam di jiwaku

Tak sanggup ku menanti masanya
Untuk ku hidup bersama kamu selama-lamanya

Apa yang ku ingin ku pasti kan terjadi,kasih
Ku impikan mahligai
yang penuh ku hiasi dengan bunga-bunga hati
Ranjau penuh duri juga lautan api
Gagah aku redahi
Tak mungkin akan ku lupakan segala janji
pada dirimu

Oh sayang..
oh cinta..
oh kasih..
setia selamanya..
Ku pinta, ku rayu
jangan kau pergi dariku

Hatiku hanya ada padamu
Membuat kan nadi terhenti berlagu
bila kau tiada di sisi ku

Hidup tak bererti hilang tiada berganti
Cintaku Cinta sejati
Hatiku..
Hanya ada padamu
Membuat kan nadi terhenti berlagu
bila kau tiada di sisi.... ku

Oh sayang
oh cinta..
oh kasih..
setia selamanya..
Cinta

Friday, April 8, 2011

Jangan Kau Pergi ~ Erry Putra



Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi...



*awok minat gilerrr kat dak erry nih..hehe...Memuahhhhhhhhhh*

Thursday, April 7, 2011

AWAS!!!! TELUR TIRUAN DI PASARAN!!!

PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengik.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
ut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruanTambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.





Khabarnya telur ayam tiruan pun sudah ada di pasaran yang khabarnya buatan dari China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya. Tapi bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari
Langkah pencegahan segera perlu di lakukan sebelum ianya sudah merebak di pasaran dan kita sendiri sudah tidak mampu mengenalpasti yang mana satu betul yang mana satu tiruan.Khabarnya orang di China sana sendiri sudah tidak mampu lagi untuk mengenalpasti langsung telur palsu di pasaran dan sudah bertahun makan telur yang palsu ini. Fikir-fikirkanlah...Wassalam

MORAL OF THE STORY, MOH LER KITA MAKAN TELUR AYAM KAMPUNG AJER LAH PASNI @ TELUR ITIK...NAK LAGI ELOK UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN & KESIHATAN KITA SEMUA,DI GALAKKAN MOH LER KITA SEMUA MENTERNAK AYAM SENDIRI,MEMELIHARA AYAM SENDIRI DAN KITA AKAN MENDAPAT HASILNYA NANTI...AYAM KITA NANTI AKAN MENGELUARKAN TELUR YANG ASLI LAGI BERMUTU TINGGI - BERSAMA SAMALAH KITA MENJAGA KESIHATAN...WASSALAM

*tapi rasanya aku pun macam dah pernah termakan lah telur ayam palsu ni...ehhh!yer ker?conpiusss conpiusss...ishhh takut lah!!!ada orang kata kalau kita nak tahu telur ayam tu tulen @ tidak perbezaannya ialah ~

Bila kita menggoreng telur,BUIH TAK KELUAR itu telur tulen TAPI kalau kita menggoreng telur,BUIH KELUAR itu telur tiruan!!!!

Tapi entahlah mana satu yang betul.kita tunggulah pengesahan dari pihak yang bertanggungjawab..Yer lah bukan perkara main main kes telur tiruan ni,benda untuk di makan masuk dalam perut boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita semua...macam macam penyakit sekarang ni...ishhh takotlahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!