Tuesday, May 24, 2011

Nasik Lemak Oh Nasik lemak!


macam ni ler upernyer sikit2 nasik lemak akak tu,
xsempat nak tangkap gambar dah licin hehehe..


Saje nak citer sesambil mata nak terlelap nih...
Tersebutlah al kesahnyer.....pepagi tadi teringin ler sangat nak makan nasik lemak bawah pokok!ha jangan tak tahu kat shah alam nih memanglah payah nak jumpa nasik lemak bawah pokok..yang ada pun nasik lemak dalam restoran hurmm kemain jemuuu...semuanya bila bungkus yang duk bubuh dalam polistrin hishhh bosannn bosannn bosannnnnn!!!
So tetiber teringat nasik lemak akak 'tu' yang duk bawah pokok!memang sedap lah nasik lemaknyer lebih2 lagi buh udang pastu mintak sambal lebeyyyy..perhhh leh tahan la sedapnyer...ramai orang tak terkata...berkerumun orang tunggu turn...tapi tak tipulah pelanggan2 yang beli nasik lemak kat akak 'tu' kan semua berdisiplin tauuu...nak tau kenapa,ha sebab bila tiba turn sapa pula lepas tu...dengan telus pelanggan lain akan tunjuk orang yang turn seterusnya...paham dak aku citer nih hahahaha...kira macam orang amik tiket giliran kat pejabat pos laaa 'telusssss' kahhhhh3...tapi kena sabar menantilah sebab ramailah sangat orang,sampai sorang beli berbungkus2 walhal kita cuma nak beli sebungkus jerrr...hahaha kecosss lebeyyy...
So berbalik pada moteppp yang aku nak citerkan nih!terkejot berok aku arini...maklum ler dah lama benor tak beli nasik lemak akak 'tu' so pagi nihlah baru beli...kemain excited cari kawan ajak teman p beli...dah kawan pun terjebak sama beli walhal dia dah kirim makanan kat orang lainn...hahahahaaa..
Jadi campur campur aku punyer sebungkus,kawan yang teman tu sebungkus campur sorang kawan lagi kirim sebungkus....memasing ngan pilihan lauk bagailah...ok aku lauk 'ayam goreng + udang sambal,kawan yang meneman tu 'rendang daging + udang sambal & kawan yang mengirim tu lauk 'telo mata + udang sambal' pastu cakap kat kawan yang teman pakai duit awak dulu yer sebab duit saya BESAR poyosss jerkan,konon duit besar macamlah banyak duittt...hehehehe..
"Ok dik semua RM18.50"
Haaaaa telan air liur aku dibuatnya....3 bungkus nasik lemak RM18.50....telan air liur banyak2 pun tak rasa nak tercekik...hahahaha terkejut badak lah amat sangat aku nihhh!haishhhh...mahal gilernya akak ni punyer nasik lemak!pastu aku tanya kak "yang ayam+udang bape" akak 'tu' jwp "RM7.50" haaaaa gulpppp telan air liur lagi aku.....kak yang telo mata + sambal udang bape? akak 'tu jawap "RM5.00" gulppppp lagi kali keduaa...kak yang rendang daging + sambal udang bape???akak 'tu' jawap RM6.00...gulpppppp mahal gila dah akak ni meniaga macam makan kat restoranlah....salu kalu nasik lemak harga RM7.50 kira termasuk ngan teh ice lah!!!!!!!ini tidak,nasik lemak ajer gilaaaa kawwww2 mahal wooooooooooo!!!hala balik dalam keta aku ngan kawan dok mencongak mengira menambah menolah harga sebenar yang aku rasa agak terlalu keterlaluan...meniaga bawah pokok jer tapi harga melampau lampauuuu...akak akak naper lah mahal sangat!
Bukan aku tak mampu nak bayar atau bukan aku takder duit nak bayar atau bukan aku nak berkira sangat setakat nasik lemak tuuuu.tapi melampau sangatlah akak ni jual,dulu takder ler semahal gini harganya....agak2 dalam 3 bulan dah aku tak beli nasik lemak dia...arini jer rasa tingin yang amat2 benorrr...tapi takperlah aku halalkan sebab aku makan pun licinnnnn,ayam tinggal tulang,udang seinci pun tak tinggal janggut hahahaha mana ler nak tinggal janggut coz memang akak 'tu' kopek udang togellah...sambal pun sedap kira halal lah kakkkk....tapi nak beli lagi tu tak pastilah lagi,sebab ini dikira peniaga cekik darah nak mampos punyerlah!harga kalah makan dalam restoran!kerajaan belum naikkan gaji kita depa awal2 da naikkan rega makanan!!!!!!!haishhhhhh............
So aku makan kul 10.30 pagi tadi hingga kini kenyang sampai mata terbuai2..mana tak kenyang giler ditambah lak ngan sebungkus teh ice john,tbaekk punyerrrrr....hurmmm tinggal sisa 20minit g nih nak tidoq satlahh....sat ni wat kijer tkuapppppp kuappppp hahahahaha..............zzzzZZZZ"

Friday, May 20, 2011

Kisah Hati ~


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Thursday, May 19, 2011

Hari Ibu ~


Alhamdulillah...

Belum terlambat untuk aku postkan sesuatu sempena Hari Ibu'

 Selamat Hari Ibu aku ucapkan istimewa buat mak ku Normah Mohd Zain....yang telah melahirkan aku ke dunia ini...aku bersyukur Ya Allah kerana engkau memberikan kesejahteraan kepada kami adik beradik...Walau hidup kami dalam kesederhanaan tetapi kebahagiaan kami sekeluarga sungguh mendamaikan hati ini.Sesungguhnya Ya Allah aku memohon kepadamu kau berilah kesihatan yang baik kepada ibuku,kau panjangkanlah usia ibu ku Ya Allah & kau peliharalah kami adik beradik dengan penuh rahmatmu...

 
Bersempena dengan hari ibu sekali dengan besday mak yang jatuh pada 4 Mei genap usia mak 61 tahun...umur mak jer meningkat tapi awettt muda lagi tauu hehehe...dan tak luper besday my anak buah ku syg Nur Arissa yg jatuh pada 7 Mei genap usianya 6 tahun...seorang yang comel,pijak,pandai,cerdik petah berkata kata....itu lah dia "suk" panggilan manja aku padanya...kemain seronok bawak mak makan steamboat kat Kayangan...kami adik beradik berkumpul besama meraikannya...kemeriahan terasa walau terasa ada sesuatu yang berkurangan...AYAH satu nama yang terpahat utuh di hati kami..walau sambutan kali ini tanpa arwah ayah,sayu sesekali menyapa kami...semoga arwah ayah tenang di sana Al fatihah.







                                                                              






~SELAMAT HARI IBU~





Wednesday, May 4, 2011

Selamat Ulangtahun Mak...


"Hari ni harijadi mak saya yang ke 61 tahun...Semoga mak saya diberi kesihatan yang baik & dipanjangkan usia...amin...."

"Kasihnya ibu"

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

~ KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA ~

Tuesday, May 3, 2011

Arghhh Stressss!!!!!!!!



Beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan kerja:~

Sape yang tak pernah alami tekanan perasaan tak kira lah di tempat kerja atau di mana2 sajer malah sewaktu nak tidur pun ada masa stresss gak :) ahaks!!!Sape yang tak pernah 'stress' tu memanglah dia MENTAL hahaha...Memang bila perasaan tengah geram @ marah *kira stress mari* kita rasa "bengang" jerrrr dengan orang yang bikin kita hangin tu kan!Tapi itu bila kita dalam keadaan 'separuh sedarlah.Bila kita dah cool ^@@^ semula baru kita tersedar akan kelemahan diri kita tadi!Tapi memanglah...bila kita sedang dalam keadaan 'tekanan' @ 'tertekan' rasa bengang yang amat gilerrrrs2 lah yang akan kita rasakan!!!!!Susahlah nak ungkapkan dengan kata2 hanya jiwa kita jer yang rasa!!!!!arghhhhhhh tensonnnnnyaaa tahap gaban!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So tolong jangan bagi saya STRESSS plessss ^@@^ tapi saya jenis tak simpan didalam hati.... "saya cepat panas cepat sejuk!itulah saya :))) "

Senyummmm... tak perlu kata apa apa :))))))))

So disini saya sajalah nak kongsikan tips untuk kita mengurangkan kadar stresssssssss!!!!!!

1) Berwuduk
Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk. Amalan berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi senang diselesaikan. Selain itu, berwuduk dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan marah.

2) Banyakkan Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t. jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. maka itu kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan sebagainya; memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri anda.

4) Berdoa kepada Allah s.w.t.
Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang Esa.

5) Beriadah
Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.

6) Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh yang demikian, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Makanan yang tidak seimbang memudaratkan kesihatan dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

7) Luahan perasaan
Mereka yang menghadapi tekanan adalah digalakkan meluahkan segala perkara yang terbuku dihati. Dengan luahan perasaan ini akan dapat meredakan hati dan perasaan yang terpendam sekian lama. Luahan ketidakpuashatian pada orang lain boleh dilakukan dengan menulis atau menconteng diatas sekeping kertas, notice board atau meramas bola getah. Tindakan demikian akan dapat meredakan hati yang gundah gulana atau marah. Ada juga sesetengah mereka meluahkan perasaan dengan menangis. Menangis dengan sepuas-puas hati dapat meredakan fikiran yang kusut. Elakkan menceritakan masalah peribadi anda kepada orang ketiga sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya anda merasakan ingin meluahkan segala isi hati anda yang celaru, pastikan orang yang mendengar masalah anda merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak kianati diri anda.

8) Inisiatif

Setiap individu harus tanamkan sikap inisiatif dalam minda anda. Amalan ini merupakan tindakan positif jika anda berada dalam keadaan tertekan. Yakni anda tahu meletakkan situasi diri anda dalam keadaan yang sepatutnya dan berkemampuan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah anda. Jangan biarkan diri anda berada dalam satu kepompong jika anda menghadapi masalah. Sebaliknya ambil tindakan susulan dan perancangan rapi jika anda dalam delima.

9) Melayari Internet
Kaedah ini juga boleh meredakan tekanan kerja. Dengan melawat laman-laman web yang berinformasi dan laman web diskusi. Cara ini merupakan tindakan positif untuk menjana minda dan bersikap peka dalam sesuatu perkara yang berkait dengan keadaan sekeliling.

10) Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan di tempat kerja sekiranya anda ketika itu dalam keadaan tertekan. Senaman ringan seperti berjalan, lunjurkan kaki dan sebagainya dapat merehatkan minda dalam seketika.



Semoga dapat kita jadikan panduan bersama :)

Bersamalah kita tangani stressss..."peace ^@@^