Wednesday, May 4, 2011

Selamat Ulangtahun Mak...


"Hari ni harijadi mak saya yang ke 61 tahun...Semoga mak saya diberi kesihatan yang baik & dipanjangkan usia...amin...."

"Kasihnya ibu"

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

~ KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA ~

Tuesday, May 3, 2011

Arghhh Stressss!!!!!!!!



Beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan kerja:~

Sape yang tak pernah alami tekanan perasaan tak kira lah di tempat kerja atau di mana2 sajer malah sewaktu nak tidur pun ada masa stresss gak :) ahaks!!!Sape yang tak pernah 'stress' tu memanglah dia MENTAL hahaha...Memang bila perasaan tengah geram @ marah *kira stress mari* kita rasa "bengang" jerrrr dengan orang yang bikin kita hangin tu kan!Tapi itu bila kita dalam keadaan 'separuh sedarlah.Bila kita dah cool ^@@^ semula baru kita tersedar akan kelemahan diri kita tadi!Tapi memanglah...bila kita sedang dalam keadaan 'tekanan' @ 'tertekan' rasa bengang yang amat gilerrrrs2 lah yang akan kita rasakan!!!!!Susahlah nak ungkapkan dengan kata2 hanya jiwa kita jer yang rasa!!!!!arghhhhhhh tensonnnnnyaaa tahap gaban!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So tolong jangan bagi saya STRESSS plessss ^@@^ tapi saya jenis tak simpan didalam hati.... "saya cepat panas cepat sejuk!itulah saya :))) "

Senyummmm... tak perlu kata apa apa :))))))))

So disini saya sajalah nak kongsikan tips untuk kita mengurangkan kadar stresssssssss!!!!!!

1) Berwuduk
Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk. Amalan berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi senang diselesaikan. Selain itu, berwuduk dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan marah.

2) Banyakkan Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t. jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. maka itu kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan sebagainya; memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri anda.

4) Berdoa kepada Allah s.w.t.
Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang Esa.

5) Beriadah
Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.

6) Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh yang demikian, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Makanan yang tidak seimbang memudaratkan kesihatan dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

7) Luahan perasaan
Mereka yang menghadapi tekanan adalah digalakkan meluahkan segala perkara yang terbuku dihati. Dengan luahan perasaan ini akan dapat meredakan hati dan perasaan yang terpendam sekian lama. Luahan ketidakpuashatian pada orang lain boleh dilakukan dengan menulis atau menconteng diatas sekeping kertas, notice board atau meramas bola getah. Tindakan demikian akan dapat meredakan hati yang gundah gulana atau marah. Ada juga sesetengah mereka meluahkan perasaan dengan menangis. Menangis dengan sepuas-puas hati dapat meredakan fikiran yang kusut. Elakkan menceritakan masalah peribadi anda kepada orang ketiga sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya anda merasakan ingin meluahkan segala isi hati anda yang celaru, pastikan orang yang mendengar masalah anda merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak kianati diri anda.

8) Inisiatif

Setiap individu harus tanamkan sikap inisiatif dalam minda anda. Amalan ini merupakan tindakan positif jika anda berada dalam keadaan tertekan. Yakni anda tahu meletakkan situasi diri anda dalam keadaan yang sepatutnya dan berkemampuan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah anda. Jangan biarkan diri anda berada dalam satu kepompong jika anda menghadapi masalah. Sebaliknya ambil tindakan susulan dan perancangan rapi jika anda dalam delima.

9) Melayari Internet
Kaedah ini juga boleh meredakan tekanan kerja. Dengan melawat laman-laman web yang berinformasi dan laman web diskusi. Cara ini merupakan tindakan positif untuk menjana minda dan bersikap peka dalam sesuatu perkara yang berkait dengan keadaan sekeliling.

10) Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan di tempat kerja sekiranya anda ketika itu dalam keadaan tertekan. Senaman ringan seperti berjalan, lunjurkan kaki dan sebagainya dapat merehatkan minda dalam seketika.



Semoga dapat kita jadikan panduan bersama :)

Bersamalah kita tangani stressss..."peace ^@@^

Wednesday, April 13, 2011

Bibir Tersenyum hati Menangis



Hari ni dari pagi ujan jer....tapi sekarang ni dah mendung semula, hujan gerimis ala ala salji kecil...ecehhh2 macam lah pernah rasa salji tu camna kan..hehehe...Bila hujan pagi,jalanraya mula jadi kelam kabut,semuanya nak lekas sampai opis tapi memandu tak hati hati langsung...hari ni je ada 2 kemalangan kecil yang dapat aku lalui sepanjang laluan aku ke opis...Takot betul jalan licin tapi semua nak memecut tanpa kira orang kini kanan depan belakang!abih camaner dah memandu tak ikut undang undang yang betul...kebabbommm lah jawabnyerrr kan.......

Nak citer...Nape eah mata kiri aku bergerak???Rasa tak sedap hati sangat,bila mata bergerak ni,macam macam andaian yang aku rasa...tapi bila mata kanan bergerak suka tak terkata tapi bila mata kiri tergerak langsung tak terkata..

Harap tak ada lah benda yang buruk terjadi...kerana kata orang kalau mata kanan kita bergerak "kita akan jumpa orang jauh" kira benda yang baik baik sajalah....tapiiii kalau mata kiri bergerak orang kata 'kita nak nangis" betul ker????takotnya bila di fikirkan...

Harap biarlah benda baik saja yang datang pada aku...yang buruk harap di jauhkan...Moga hidup aku diberkati hendaknya...Insyallah :))

Sunday, April 10, 2011

Trilogi Cinta ~ Melakar Rindu



*bestkan citer nih pecah panggung kaca tv 4juta penonton...last dah hari nih ending yang bagus...tiada apa yang menyedihkan pun untuk episod akhir nih semuanya bagussss ajer...sape setujuuu???sila angkat tgn mcm saya...hehehe...elok lah shahrul mati,hidup pun asik nak rosakkan anak dara orang jer!hihihi cian sharul kena aids akhirnya,balasan allah lah tu...!so...razif & nurjinah pun hidup bahagia rumahtangga mereka,romantis giler kan tgok couple dua nih!macam betul2 sdg bercinta gayanya mereka berlakon.hangat...feeling habis!suka awok nengok kan tawww..hehe i like lah!!!! begitu juga badrul 7 norseha yang dulu amatlah gedik gilerrrrs menyampah aku nengokkan..rasa nak sepak2 kan ajer..kini dah bahagia beranak hidup dengan badrul..untuk citer ni aku bagi 10 BINTANG...40 episod yang tak sia sia awok folow...very the bommm!!!MEMANG BEST LAH CITER NIHHHHHH!!!!!!!!TERBAEK WOK TAHNIAH UNTUK ROSHAM NOOR :))

Jom kita layan lagu "Melakar Rindu" bestttt gilerrr kan lagu nih mengusik jiwa :))



Lirik Lagu Melakar Rindu Julfekar and The Stringers

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Punahlah jua kini akhirnya

Saturday, April 9, 2011

OST BEGITUKAH CINTA : CINTA : NAZIM OTHMAN



Lirik Cinta - Nazim Othman

Dengar bisikan rindu ku kepada dirimu sayang
Namamu takkan terpadam di jiwaku

Tak sanggup ku menanti masanya
Untuk ku hidup bersama kamu selama-lamanya

Apa yang ku ingin ku pasti kan terjadi,kasih
Ku impikan mahligai
yang penuh ku hiasi dengan bunga-bunga hati
Ranjau penuh duri juga lautan api
Gagah aku redahi
Tak mungkin akan ku lupakan segala janji
pada dirimu

Oh sayang..
oh cinta..
oh kasih..
setia selamanya..
Ku pinta, ku rayu
jangan kau pergi dariku

Hatiku hanya ada padamu
Membuat kan nadi terhenti berlagu
bila kau tiada di sisi ku

Hidup tak bererti hilang tiada berganti
Cintaku Cinta sejati
Hatiku..
Hanya ada padamu
Membuat kan nadi terhenti berlagu
bila kau tiada di sisi.... ku

Oh sayang
oh cinta..
oh kasih..
setia selamanya..
Cinta

Friday, April 8, 2011

Jangan Kau Pergi ~ Erry Putra



Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi...



*awok minat gilerrr kat dak erry nih..hehe...Memuahhhhhhhhhh*

Thursday, April 7, 2011

AWAS!!!! TELUR TIRUAN DI PASARAN!!!

PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengik.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
ut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruanTambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.





Khabarnya telur ayam tiruan pun sudah ada di pasaran yang khabarnya buatan dari China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya. Tapi bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari
Langkah pencegahan segera perlu di lakukan sebelum ianya sudah merebak di pasaran dan kita sendiri sudah tidak mampu mengenalpasti yang mana satu betul yang mana satu tiruan.Khabarnya orang di China sana sendiri sudah tidak mampu lagi untuk mengenalpasti langsung telur palsu di pasaran dan sudah bertahun makan telur yang palsu ini. Fikir-fikirkanlah...Wassalam

MORAL OF THE STORY, MOH LER KITA MAKAN TELUR AYAM KAMPUNG AJER LAH PASNI @ TELUR ITIK...NAK LAGI ELOK UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN & KESIHATAN KITA SEMUA,DI GALAKKAN MOH LER KITA SEMUA MENTERNAK AYAM SENDIRI,MEMELIHARA AYAM SENDIRI DAN KITA AKAN MENDAPAT HASILNYA NANTI...AYAM KITA NANTI AKAN MENGELUARKAN TELUR YANG ASLI LAGI BERMUTU TINGGI - BERSAMA SAMALAH KITA MENJAGA KESIHATAN...WASSALAM

*tapi rasanya aku pun macam dah pernah termakan lah telur ayam palsu ni...ehhh!yer ker?conpiusss conpiusss...ishhh takut lah!!!ada orang kata kalau kita nak tahu telur ayam tu tulen @ tidak perbezaannya ialah ~

Bila kita menggoreng telur,BUIH TAK KELUAR itu telur tulen TAPI kalau kita menggoreng telur,BUIH KELUAR itu telur tiruan!!!!

Tapi entahlah mana satu yang betul.kita tunggulah pengesahan dari pihak yang bertanggungjawab..Yer lah bukan perkara main main kes telur tiruan ni,benda untuk di makan masuk dalam perut boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita semua...macam macam penyakit sekarang ni...ishhh takotlahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 31, 2011

Lagi lagi D'Kayangan Steamboat

Hari tu aku pi makan steamboat lagi...mana lagi kalu tidak ke D'kayangan Steamboat :))) lagi pula sempena perpisahan seorang kawan,so aku & the geng pilih nak makan kat sini lah syok sikit kan...ehh bukan syok sikitlah syok banyak lahhh :))kannnn...bukan takde tempat makan lain,tapi kami pilih nak makan kat sini jugak...salah satu sebab kerana destinasinya dekat,tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat nih!lagi pulak tempatnya selesa,pehtu banyak pulak pilihan sampai kerambanganlah bijik mata nak mencedok benda alah ni semua bergelora jiwa macam macam spesis ader hahaha...tapi yang penting sebab murah baloi memang berbaloi baloiiii :)) bayangkan dengan bayaran RM21 utk dewasa & RM10.50 untuk kanak kanak 5tahun - 12tahun murahkannnnn...dahlah murah dapat makan sampai lebam lak tu...dasattt kan....renung renungkannnn.......kira ini kali kedua lah aku datang sini...poyo je kan cite cam da beratus kali maiiiii...hehehehe....!so seperti di rancang 24 Mac 2011 hari khamis malam jumaat kami pun pakat lah ramai ramai...meriah memang meriah...seronok memang seronok...makan betul betul makan... kami makan sampai lebam...hahahaha...!!!tengoklah gelagat kami semua,memang tak kering gusilah tengok hahahaha...takde kena mengena langsung cite ni ngan gusi kannn!kehkehkeh layanzzzzzzzz>>>>>>>



Tengoklah gelagat kami yang sungguh mencuit hati nihh...hehehe..kerambangan bijik mata telah melanda....pegang sepit pengepit tak tentu arah..suka punya pasal sebab banyak sangat pilihan..sampai ada yang tanya "ehh tak rugi ke tokey ni?harga murah tapi semua ada ha" ada yang sampuk "alaa dia dapat murah lah ni tu yang dia cas kita murah" betul gak tu kann...memasing ngan penuh gaya pinggan di tangan sepit di jari kita kail jangan tak kail....tapi yang penting posing jangan tak posing hehehehehe...




Bila dah kenyang tersandar memasing...ada lagi duk hirup kuah tomyamnyer,ada lagi yang duk gigit udang ketam segala macamlah...ada lagi yang duk tambah menambah bebenda alah ni ha!macam macam.......makan makan kita makan sampai lebammmm.........!







Bila perot sudah kenyang hati pun riang ibarat burung burung berterbangan ingin pulang ke sangkar ;)))))))))

Sunday, March 20, 2011

KIAMAT?

Dunia Di Penghujung Zaman?

Tahukah anda bahawa Tsunami berasal dari perkataan Jepun bermaksud 'Ombak Gergasi' sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di depannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac 2011 lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu. Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya. Beribu ribu orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami pada 11 Mac 2011 setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas. Lihatlah kesan dari TSUNAMI ini amat menakutkan amat menginsafkan ~



















Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap muslim namun tarikh sebenar hanya di ketahui oleh Allah swt seperti firmannya dalam surah al A'araf: 187, maksudnya:

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi,kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba tiba.

Malah tokoh Islam, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi pernah di tanya apakah dunia akan hancur pada 2012? Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa apa yang mungkin terjadi pada anda esok atau lusa dan itu tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Bersama samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar negara kita tidak dilanda musibah ini. Ya Allah kau lindungilah kami, jauhkanlah kami dari malapetaka ini sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui lagi maha mengasihani...

Saturday, March 19, 2011

Jom' Party Tuppaware

Wah TUPPAWARE jualan murah kembali lagi...."Mari Mari Mari"....

Tuppaware bulan nih banyak yang offer..very bombastic....rehat tadi ada party tuppaware macam macam ada...banyak pilihan rambang biji mata aku tengok,lagi pulak akak yang wat demo tu bawak makanan macam macam adaaa tau :))kenyanglah sangat sangat perot ni rehat tadi kenyang sampai ke bulan...ahaks!!!sampai tak sempat nak tidur rehat tadi hehehe...(xtiviti biasa ku bila rehat hari jumaat jika tiada aral melintang :-)


Antara menu yang di hidang & di persembahkan dengan menggunakan perkakas brand tuppaware ni ialah nasi dagang,puding pelangi pulang petang sedappp,pizza mozarella tarik tarik makin tarik makin melekat fuhhh menakjubkan weh,makaroni bakar ha yang nih best memang sedap tak tipu tau,pecal kuah kacang tempe semua ada...memang kenyang gila kentang lah rehat tadi..penuh meja semua orang makan makan makan dan terus makan hahaha betul betul makan tadi...betul betul haliowww hehehe...




Ni lah dari sebahagian party tuppaware tadi!ingat eah korang nak beli tuppaware pastikan yang Original...aku sedia je untuk mengambil order hehehe..banyak yang offer nihh..mai mai mai lah order harga spesel aku bagi kira :-))

Friday, March 11, 2011

Trilogi Cinta


Demam drama Trilogi Cinta sedang melanda bak tsunami...wowww...aku berikan 10 bintang di langit kt drama ni,mmg pecah panggung lah kalu masuk panggung..betul xcaya try cuba tengok kasi masuk panggung..tengok bpe juta leh cecah kalu banyak punggong yang p tengok kt panggung.. hehehe.. punggong kira maksud macam 'kepala'lah!!!lagi pulak tengok hero nya sape lg kalu bukan ROSYAM NOR fuhhh leh wt jatuh cinta tengok kemachoan'nya terserlah di samping heroinnya FAUZIAH GAOS..yummm yumm yummm...gila suka drama ni mmg bikin malatops :)) Trilogi Cinta memang drama terbaik 2011 ~ setuju tak korunk???

Aku pernah baca novel citer nih sampai khatam..lama dah agk2 dlm 3 tahun lalu lah rasa2nya aku baca novel cite ni,ketiga2 buku aku baca....kt library tempat keja aku ada,mmg best leh bikin leleh air mata bacer novel citer ni..dolu2 aku ni pencinta novel lagi2 dari alaf 21 mmg best novel2nya...la ni mcm dah xbpe nk ada masa pulak nak menelaah novel2 nih..huhuhu...la ni lebih suka baca novel secara on9 :) sampai pedih2 lah mata ngadap lappy nih huhuhu...


So korunk ada tengok x drama nihh???mesti tangkap syahdu kan korunk layanzz citer nihh penuh konflik..lagi2 pulak tambah syok sebab di tayang 3 hari berturut2 setiap hari ahad, isnin & selasa jam 10 malam di tv1...xsabo rasanya nk tengok...hihihi..rating nya hampir2 mencecah 2juta penonton,dasat gila kan korunk...wa salute lah :)

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan...wowwww'jalan ceritanya sangat menarik, mudah di fahami & bikin melekat di hati....

Sukalah sangat2 tgok keintiman,kemesraan razif & norjinah romantik sgt2 kan penuh kasih sayang,i like very the bling2 gituw...ala2 gedik manja walaaa3 hehehe...di tambah lak ngn watak seha gedik tu alahai menyampah tul rasa nak lempang2 aje nengok dia goda razif pehtu ji leh lembut lagi...hiii geramnya...tahniah lah wat semua yang menjayakan watak ni & tahniah juga lah kepada kita2 semua yang menonton drama nih yg hampir akan membuatkan rosyam noor membawa citer nih masuk panggung...woww i like ~


Dengan berlatar belakangkan lagu yang best very mendayu2 bikin tambah membuai hati ini menengoknya...sedap gak suara julfekar ni dendangkan lagu tema Trilogi Cinta MELAKAR RINDU...versi perempuannya pula di nyanyikan oleh jeslina hashim...perhh leh cecah platinum mas lagu nih malatops hehehe..lagi2 tambah ngan lagu siti nurhaliza bduet dgn kris dayanti lagu DALAM DIAM dan satu lagi lagu duet mereka TANPAMU fuhh suka sgt2 wehhh...


Tak sabar nak taw apa the end cerita ni, kalau ikutkan dalam novel last sekali norjina mati,tapi yang dramanya entah lah plak tunggu dan lihat aja ye korunk huhuhu...bila aku tweet2 ngan ji tanya ending nya dia kata 'tunggguuuu'....sabar jer lah menanti & terus menanti hingga ke episod 40 huhuhu xsabarnye sebenarnya...so korunk jangan lupa tengok tau :))

Thursday, March 10, 2011

Kuih apa nihh???

Mata pedih tapi xmoh lelap...jenuh katop mata nih tp dia nk buka gak!timee2 mcm nih apa lagi layanz blues lah kt gua kelam aku..telek jam bru kul 1.30pm ada masa gih nihh...kang 2.30 ada mting puspanita plk...huhuhu...dah mata xmoh katop ,aku pun ksi post la ini entry ;))

Semalam petang,aku ada makan kuih nih,ntah apa nama ntah kuih ni..nmpak cm biasa jek brbngkus cm kuih koci..tengok smua org duk pulun makan,xda la banyak sgt ada la brapa puluh ketol..*byk gak 2!kak yus belanja sbnarnya...mmula aku xheran sgt tgok kuih ni,tp ttbe terasa lapo lah pulak..iduk ler lapo sgt2...lapo2 manja gitu hahaha...tgok tinggal 6 ktol g kuih nih,pe lg aku sebat sbiji..buka bngkusan daun pisang ni nmpk tsembul kuih nih...pelik gila aku xpenah tgok kuih nih..comel,lawa,gebu...aku picit2 kuih nih montok hahaha...i like...aku pun tanyalah akak2 ni "kakkk kuih ape nih comel lah" dorunk pun ckp kuih "PUTERI DARA SEBILIK" kah3 aku gelak..lawak gila namanyaa...xpenah aku dgr nama nih..ala2 lucas skit pun ada gak kan...hahaha...


Taraaaa...ni la kuih 'dara namanyeh!!!comelkan uOls nama kuih nih...tanpa mbuang karan aku terus la ngappp kuih dara nihh ;eahh3 sedap laa wehhh kuih nihh...lazat gilerrr dowh...aku pun sebat satu lagi laa hahaha..syurttt korunk jgn bgtau kak yus tau...hehehe...satu je mna ckupkan..hahahaha...licin aku makan tgl bngkus daun psg ajeh haa..nsib daun psg nih xleh makan tdk ngn daun2 aku telan!mak aihh kejam tul aku nih kan...pehtu aku snap pic kuih dara ni then msukkn kt FB,da smua tgok...ksian kak zura xdpt rasa..aku ckp kak tgl daun psg jeh ni...trus dia suh oder lain lak kuih nihh...cian kak baby ku syg :))))

So terus tanya kak yus "kak mna orde kuih dara nihh?" kak yus ckp kt amie cafe..aku pun trus pomot la kt akak2 opis ni,da smua nk oder haaa nk bwk lik umah makan...so ptg ni dpt makan g lah kuih dara ni hehehee.....aku ckp kat kak yus kak cian kak zura xdpt rsa kuih nih...kak yus kata kalu kak zura nak kak yus ada la smpn skitt...so aku pun ckp la kt kak zura yg kak yus nk bg dia seketul rasa..so kang aku ada mting puspanita,kak yus kata ada oder g kuih ni...yeaah3 dpt makan lg kuih dara nihhh...suka suka sukaa...

Wah time da smpai,nak bsiap p mting puspanita lak..nak solat jap...mekap2 skit... hehehe yg pnting pipi kna merah lah uOls...hahahahaaaaa.....wokey cau cin cauuuuuu ~

Wednesday, March 9, 2011

D'Kayangan Steamboat

Malam makin larut awan makin kelam jibam jibam... mata pedih ngantuk nih.. tp lawan mata,nk gak post entry nih... dkt sminggu bru nk cite psl nih!haissh nmpk sgt bz..hahaha... so nk share la story skit malam jumaat lepas 4.3.2011,yang mana siangnya waktu rehat aku makan stemboat kt johnny's... hehehe betol2 aritu hari steamboat sedunia... malamnya pula puspanita ada wat majlis tuk meraikan ajk2 lama yang telah berjuang mempertahankan ibu pertiwi hehehehe... puspanita ni satu badan amal kira2 kebajikan la tuk suri rumah & wanita... kira puspanita psa ni agak aktif la jga kire2nya...

So untuk menghargai jasa2 & pengorbanan mereka2 yang telah berbakti ni maka telah di adakan majlis makan2 kt D'Kayangan Steamboat seksyen 13 shah alam selangor... ala dkt2 ngan stdium s.alam jerk xjauh gak ngan poli hnya beberapa kilometer jer.. kira kalu jalan kaki dari poli ke tmpt steambot tu peloh banjir lah gak tapi rasa2 leh la sampai hahaha...



So majlis makan2 2 diadakan jam 8mlm... rmai gak lah yang sudi hadir.. tapi nak citer lah,masa sampai2 je depan acapella 2 terus nampak tupai2.. dalam hati berkata 'lah ada tupai2 kat sini,tak aku tahu :)' tupai2 bkn yang serangga yang lompat2 2 tau... tupai2 tempat makan yg agak famos 2 lah!!!pehtu nak cari paking punya lah payah penuh ketaaa... lagi pulak aku bwk keta,kalu tau lah paking payah aku naik komuter ajeh hahahaha lawak bengong!tau paking susah payah,aku naik keta ngan nik ajer lah!tapi nak wat cmner sbb nti nak balik arah lain2...



Last2 dpt gak lah paking..tkedek2 la jalan menuju ke tempat yg nak dtuju 2!dari jauh dah nampak penuh,ramai gak yang datang makan sini bwk family... meriah suasana... then aku pun tuju la ke tempat meja yang dah di tempah..sampai2 terus salam pelok2 ala3 sopan gitu... mmg sopan pun kan aku...

Cop kusi yang meja nya nampak best skit trus buh handbeg,takot nti orang duk tempat aku lak.padahal byk g kusi yang kosong hahaha... pehtu kak yus cakap,ok2 manja leh la p amik pilih kt dpn 2... amik lebih2 yg sedap2 kita makan... aku pun apa lagi ibarat menyondol bantal busok,bangun p pilih2 benda2 yg di hajati..

Perhh penuh berpinggan2 pilih...banyak menunya rambang bijik mata dibuatnya... udang,ketam,lala,kerang,mentarang,bola2 smua ada lah!abc, cwndol kna presss sndiri..dia punyeh pcicah sos perhh siap ada black paper,cili potong xtahan sedappp :))) adengan rendam merendam,makan memakan pun bermula lah!hahaha... penuh meja semua orang...kami saja 4 meja kesemuanya meriah2..so masa ngah makan mana leh cakap kan...so korunk2 layan dulu gamba2 nih,mesti korunk2 terliurrnyaa!aku nak makan jap eahh,hahahaha..sluurrppppppppppp......







Tu dia macam2 adaaa noo....sedappp memang sedapp...puass memang puasss...sok2 nak datang lagi lah :)) so sebelum balik tangkap gamba ramai2 wat kenangan :)


So kepada korunk2 yang nak makan steamboat ni, aku suggest kn korunk p lah makan kt tempat ni...mmg puas hati lah,sedapp,murah memang baloi berbaloi-baloi :)))))