Sunday, March 20, 2011

KIAMAT?

Dunia Di Penghujung Zaman?

Tahukah anda bahawa Tsunami berasal dari perkataan Jepun bermaksud 'Ombak Gergasi' sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di depannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac 2011 lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu. Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya. Beribu ribu orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami pada 11 Mac 2011 setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas. Lihatlah kesan dari TSUNAMI ini amat menakutkan amat menginsafkan ~



















Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap muslim namun tarikh sebenar hanya di ketahui oleh Allah swt seperti firmannya dalam surah al A'araf: 187, maksudnya:

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi,kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba tiba.

Malah tokoh Islam, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi pernah di tanya apakah dunia akan hancur pada 2012? Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa apa yang mungkin terjadi pada anda esok atau lusa dan itu tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Bersama samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar negara kita tidak dilanda musibah ini. Ya Allah kau lindungilah kami, jauhkanlah kami dari malapetaka ini sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui lagi maha mengasihani...

3 comments:

  1. subahanallah..bencana yg menakutkn..sma2 la kita berdoa agar negara jepun kembali okey!!

    ReplyDelete
  2. yer...bygkn jika keadaan ini terjadi di negara kita...minta di jauhkn lah.

    ReplyDelete
  3. moga kite dilindungi Allah swt

    ReplyDelete